Taman Tamadun Islam

Dari Lembah gurun Arab ini, cetusan tamadun Islam telah berkembang ke benua-benua di seluruh duania dalam separuh abad setelah wafatnya Nabi Muhammad s.a.w. Penyebaran Islam dengan cpatnye semarak dari Afrika ke Eropah dan dari India ke China. Ia telah berkembang menjadi satu ciri tamadun yang hebat, membentuk sebuah masyarakat yang kompleks dengan latar belakang etnik yang pelbagai. Ia disatuakn oleh kepercayaan yang sama yang dikuatkan lagi oleh rangkaian ribuan masjid.

TAJ MAHAL

TAJ MAHAL
Maharaja Mughal Kelima, Shah Jehan telah membina istana Taj Mahal bagi mengenang kisah cinta abadinya. Ia juga sebagai simbol kasih sayang terhadap isterinya, Muntaz Mahal.

GREAT MOSQUE OF SAMARRA, IRAQ

GREAT MOSQUE OF SAMARRA, IRAQ
Dibina semasa pemerintahan Khalifah abassiyah A-Mutawakkil pada abad ke-9. keunikannya ialah menara berpusing yang terletak dibahagian utara masjid ini.

ABU NASR PARSA, AFGHANISTAN

ABU NASR PARSA, AFGHANISTAN
Dbina pada abad ke 17 dalam gaya Timurad. antara ciri menarik makam berbentuk oktagon ini ialah dua tiang berpusing di hadapan. Pembinaan makam ini adalah bagi mengabadikan jasa ahli akeologi terkemuka, Khwaja Abu Nasr Parsa.

SULEYMAN MOSQUE, TURKEY

SULEYMAN MOSQUE, TURKEY
Masjid ini dibina pada tahun 1557 M, di zaman Empayar Ottoman dalam tahun ke 46 pemerintahan Sultan Suleyman. Ia menempatkan infirmari,sekolah perubatan, hospital, kedai penjara dan tempat penyimpanan senjata.

KUBBAH AS-SAKHRAH, BAITUL MUQQADDIS, PALESTIN

KUBBAH AS-SAKHRAH, BAITUL MUQQADDIS, PALESTIN
Dibina pada tahun 692 M dibawah naungan Khalifah Umaiyah Abdul Malik ibn Marwan. Ia menyemadikan batu suci di atas Gunung Moriah dan untuk memperingati perjalanan Nabi Muhammad SAW untuk bertemu Allah.

AL-HARAM MOSQUE, MECCA, ARAB SAUDI

AL-HARAM MOSQUE, MECCA, ARAB SAUDI
Msjid ini merupakan tempat paling suci bagi semua umat Islam, iaitu kaabah. Bangunan asal masjid dibina menggunakan batu biru yang terdapat di Lembah Hijjaz.
Tiada catatan.
Tiada catatan.